Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T.. Yeah.. Alhamdulilah i ended my first year of degree... *tepuk tangan sikit*.. Despite of all hardships we've been through, we made it!.. Dulu masa mula-mula masuk uni, senior akan cakap " First year tak dak apa sangat pun.. Belajar benda basics, relaks.." Okay..
First, DON'T TRUST THEM..
Second, rileks tu ye sebab kelas tak banyak and tak penuh macam dekat matriks. TAPI....... Assignment kau bertimbun.. Hahahahahaa...
Ketiga.. That basic things include anatomy which is separuh mati nak cover setiap sistem, histologi.. T______T.. Pardon me.. I love biology but not anatomy (Thats why i'm gave up being a doctor maybe.. Hahahaha)
Mungkin masa sem 1 tak terasa sangat kepayahan dan stress tu.. Tapi masa sem 2, yeahhhh... Stress aku mencanak-canak naik dengan jayanya.. Assignment dah gaya thesis (lepas tu lecturer tak explain langsung pasal assignment kau tu), u learn how to write a correct format for report, knowing how to put citation, include more skills and your communication level (presentation and seminar)..... Benda-benda yang tak pernah buat sebelum ni.. Tak cukup tidur.. Last minute assignment salah kena tukaq balik semua... And then I realize, this is university..
Ohh.. Sebelum terlupaa.. Subjek kegemaran aku PRINCIPLE OF NUTRITION.. Aku suka subjek ni bukan sebab silibus tu tapi sebab pensyarah.. DR HAMID JAN is superb... Dia ajar kami benda yang bukan ada dalam silibus je tapi general knowledge.. Kelas tak pernah bosan.. Hopefully DR ajar kami lagi..
Hidup kat universiti tak macam sekolah.. Semua dah diberitahu.. Semua diajar.. Tak ada siapa nak tolong kau dekat sini melainkan kau tolong diri sendiri.. Dekat universiti adalah masa untuk kau mencari peluang.. Rebut peluang dan menggunakan peluang..Bukan masa untuk kau study je tapi untuk asah bakat dan uji sejauh mana kau punya tahap dan kemahiran bersosial, berkomunikasi dan sebagainya.. Sepanjang first year macam-macam event aku masuk.. Walaupun tak jadi hicom tapi jadi ahli jawatankuasa kecil-kecilan pun dah okay.. At least, i could learn something from it..
Contoh program yang aku paling suka ialah FESKI 2016.. Join khidmat komuniti untuk mengagihkan bubur lambuk ke wad-wad dan masyarakat sekitar.. However, that is not the main point of this programme.. Main point ialah kena ajar rukhsah solat kepada para pesakit.. Ia mencabar sebab satu, kita ni bukan ustaz mahupun ustazah dan persepsi masyarakat sekarang ialah "kalau kau tak ada gelaran tersebut makanya kau tak layak pun nak tegur lebih-lebih".. Kedua.. pesakit terdiri daripada golongan yang lebih tua, jadi tak boleh sesuka hati nak soal soalan senstif dekat diaorang.. Mahu kena sepak sedas.. Huhuhu.. Ketiga.. Tak ramai yang tahu atau nak ambil tahu tentang kewajipan solat walaupun sedang sakit (Islam kan memudahkan... HEEEE).. Banyak lagi sebenarnya program.. Tak larat nak tulih.. Ada masa kita cerita lagi..
Sepanjang setahun di Kelantan, isu paling besar ialah masalah komunikasi.. Ambo dop panda nok kecek kelate.. Plus, tugas aku melibatkan pesakit. Kena berkomunikasi dengan pesakit.. Dah macam mana nak berkomunikasi dengan pesakit kalau tak faham apa diaorang cakap.. T____T. Senior banyak nasihat belajar dialek kelantan.. Ia sangat berguna.. Dan untunglah jugak roommate aku dua-dua ore kelate.. hehehehe.. Makasih Suha dan Hanim! (harap-harap dapat rummate macam deme2 berdua ni)
Rasanya itu je kut yang terlintas dalam minda aku sekarang.. Tak tau nak cerita apa sebab memori terlalu banyak especially dengan gegurls diet yang awesome.. Yang saling membantu.. We got 3 years to go.. Caiyok.. kat sini aku kepilkan gambar-gambar sepanjang first year di USM.. Semoga dapat menambah memori untuk tiga tahun yang akan datang...
Roommate sepanjang first year: Hanim dan Suhaaaaaa
Kelas BM pertama masa SEM 1
Ahli jawatan kuasa Annual Grand Meeting PSK 2015/2016
Hari apatah ni... Tak ingat.. Hahaha..
Hari Interaksi Silat
Lawatan Mahabbah ke UIA Gombak dan memberi makanan kepada gelandangan
Sayonara SEM 1... Muka bahagia lepas habis exam..
Malam DEBAT PIALA PENGARAH KAMPUS (AJK DPPK)
Food Fest 1.0
Dinner and Graduation Night of Dietetics and Nutrition (P/S: Dr Hamid Jan and his daughter)










wow cuzcuz youre a blogger aye
ReplyDelete