Saturday, 23 July 2016

葵空

Bismillahirrahmanirrahim

Langit itu tidak selalunya biru. Kadang-kadang mendung kelabu. Menurun kan hujan yang memberi harapan kepada kehidupan. Malangnya, masih ada yang mengeluh. Katanya hujan itu sebagai bencana. Seakan-akan lupa akan hadirnya pelangi yang indah.

Akulah insan itu. Insan yang mengeluh mengesali setiap kisah hidup ku.

Melihatkan langit pada saat ini. CERAH. Alangkah bagus jika hatiku secerah mentari yang menyinari. Apakah masih ada sinar harapan buat ku? Jika ada, ingin ku gapai dan tak mungkin ku lepaskan.

" Aturan Tuhan tu tak pernah silap. Yang silap hanya manusia. Manusia memilih hidup mereka begitu" aku memandangnya. Dia tersenyum tenang sambil memerhati langit.

" Allah menyuruh kita berdoa. Tidak kira apa jua keadaan. Tapi manusia sombong. Berdoa apabila ditimpa musibah. Apabila mereka susah. Sedangkan di saat senang, mengucap syukur sahaja susah. Apabila sudah sempit dan tersempit, mulalah menyalahkan takdir"

Aku tertunduk diam. Aku tahu semua itu. Setiap saat aku berbicara sendiri, apakah salah ku sehingga aku begini. Tidak ikhlaskah doa ku atau doa ku tidak cukup?

" Tapi...." dia berjeda. Menghela nafas mencari kata-kata. Aku memandangnya lama. Tapi apa?

" Allah tak kejam. Masih ada jalan walaupun samar-samar. Walaupun jalan tu bengkang-bengkok penuh berbatu. Teruskan berharap dan berdoa. He will give the best" Dan senyuman nya umpama memberi harapan baru. Sinar matanya mengatakan masih ada matahari di balik mendung itu.

" Kalau diberi pilihan, apa kau nak buat dalam hidup ni?" Pertanyaan membuatku tersentak. Lalu mataku turut dibawa merenung langit.

Teruskan kehidupan. Menunggu akan masa langit itu kembali biru. Tidak kira berapa lama turunnya hujan, sekuat mana dentuman guruh. Aku teruskan kehidupan. Sebab hidup ini tidak seharusnya dikesali. Kesalahan lama dijadikan pedoman untuk kehidupan masa hadapan. Itu yang aku nak buat.

Terima kasih sahabat. 葵空. Aoi sora.. Tidak mungkin ku lupa

(P/S: maafkan diri ini andai terdapat kesalahan tatabahasa dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai)

No comments:

Post a Comment