Friday, 22 January 2016

Dietetik... Apa tu?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T dan salam Jumaah Mubarak.. Entry kedua pada tahun 2016.. Alhamdulilah,. I am currently doing nothing at home while waiting for the result for first semester of first year degree in dietetics USMKK, KELANTAN.. Daripada duk melagha tak tentu hala tetiba terfikir nak menulis.

Masa mula-mula aku dapat masuk USM semua pakat tanya.. " dapat course apa weh?".. Dan jawapan aku " DIETETIK". Senyap.... *Krik... Krikk.. Krikk.. Bunyi cengkerik berleluasa.. Ataupun depa pepandai sendiri tukar DENTIST LA.. Apala,,, Helloo.. Dietetics have nothing to do with Dentistry at all...

Dilema yang sama dihadapi kawan-kawan aku.. Semua akan blur setiap kali diberitahu tentang dietetik... Dan kebanyakan akan faham bila cakap " dietetik ni macam pemakanan".. Their answers be like.. "OOOOOOOO"



Apakah itu dietetik?

DIETETICS basically come from the word DIET.. Bidang mengenai diet dan pemakanan.. Dah tu memang betul kan dietetik tu pemakanan? Yes but no.. Ada perbezaan antara dietetik dan juga pemakanan..

Pertama sekali, di USM kubang kerian kelantan hanya menawarkan kursus-kursus berkaitan kesihatan dan perubatan sahaja termasukla course Dietetik  dan juga Pemakanan.. Pada tahun satu sehingga tahun dua pelajar-pelajar daripada kedua-dua course akan digabungkan tetapi akan terpisah pada tahun klinikal iaitu tahun 3 dan tahun 4.. Skop pembelajaran sama tetapi berbeza pada tahun 3 dan tahun 4.

Walaupun kedua-dua bidang ini tertumpu kepada bahagian makanan, pelajar-pelajar dietetik lebih tertumpu di hospital dan pelajar pemakanan berkhidmat dalam komuniti. Pelajar dietetik kebiasaannya akan menjalani latihan di hospital pada tahun 3 dan 4. Skop kerjaya lebih kepada merawat pesakit melalui kawalan diet dan pemakanan.. So, nak dipendekkan cerita dietician ni DR. PEMAKANAN.. Hahahaha (Walaupun hakikatnya tiada pangkat DR. melainkan anda menyambung PHD). Pelajar dietetik akan banyak berhubung dengan pesakit..

Apa yang dipelajari oleh pelajar Dietetik?

Pada tahun pertama kebiasaannya para pelajar akan didedahkan dengan subjek asas dahulu. Di USM kami diwajibkan mengambil subjek anatomi *sobsob. Mula-mula tak akan nampak apa kaitan semua subjek ni dengan pemakanan.. We should learn about food not human body! But trust me.. Mesti ada sebabnya.. Kami juga belajar tentang makanan iaitu subjek Food Science.. Dan akan ada lagi subjek berkaitan nutrition pada semester-semester depan.

Apakah syarat permohonan?

Tidak berapa pasti dengan syarat permohonan. Mungkin boleh rujuk laman web universiti-universiti yang menawarkan kursus ini. But, to be remind that dietetics one of the demand course in Malaysia.. Jadi lebih selamat jika anda kekalkan keputusan yang terbaik di peringkat matrikulasi, asasi ataupun diploma memandangkan persaingan amatlah tinggi. (P/S: WE NEVER KNOW HOW MANY 4 FLATTERS OUT THERE). Walau bagaimanapun, rezeki rahsia Allah.. Usaha + tawakal..

Bagaimana untuk memohon program pengajian ini?

Setiap universiti akan menjalankan temuduga bagi sesiapa yang memohon course dietetik kecuali Unisza dan juga Uitm.. Seperti batch kami, hanya 30 0rang dipilih daripada 100 lebih pemohon yang ditemuduga. Permohonan boleh dibuat di laman web pohon@usm.. Kalau berjaya, anda akan dipanggil temuduga (Trust me.. USM punya interview sangat awesome!)


Konklusinya, terlalu banyak bidang yang boleh diceburi. Jangan hanya memandang kepada bidang perubatan ataupun bidang-bidang kritikal yang lain.. Benda yang tak terlalu menyerlah kadangkala mempunyai peluang dan masa depan yang cerah. Being a doctor is not as easy as ABC and indeed all courses need you to get through so many hardship before you can succeed. Tak akan benda yang mudah dalam dunia ni. It depends on you to decide which one is the best. Dekat universiti, kita akan jumpa bermacam-macam jenis manusia.. Bukan dinilai daripada fakulti mana atau pusat pengajian mana, tetapi pada peribadi dan sahsiah seseorang individu tersebut.

To all SPM students, STPM leavers, Matriculation leavers... Good luck for the next journey of your life.. 

P/S: Dietitian is not a doctor but we are ready to serve the community ^___^










5 comments:

  1. Good luck in your study wan ! :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..saya nak tanya waktu pergi iv dietetik usm, apa antara soalan yang ditanya?

    ReplyDelete
  3. Boleh share pasal interview tak

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete