Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum w.b.t dan salam ceria you guyz! Hai.. Ni apa gaya excited semacam je nih? Hahaha.. Al maklumlah.. Jari ni dah teringin sangat nak menaip. Selagi tak buat selagi tu tak puas hati. Sampai termimipi-mimpi jadinya.(over gila!).. Yelah.. Blog nih dah boleh diibaratkan macam cowok ku. Ala.. Pakwe.. Hehehe..
Cer tengok tajuk kali ni. Mesti korang kata.. BOSAN!!.. "Weh, kenapa kau ni beria-ia nak rindu sekolah? Yang lepas tu lepaslah. Tak perlu dikenang hatta diingati kembali". Cer korang fikir, sepanjang 18 tahun kita hidup or lebih, dekat mana kita banyak habiskan masa? Rumah?.. Urmm.. Betul jugak.. Eh.. Bukanlah.. Bukan.. Jawapannya tentulah SEKOLAH.. Korang pergi sekolah selama 11 tahun lamanya. tu tak termasuk tadika, taska and so on (jangan kata benda tu tak penting. Kat sinilah korang mula belajar secara formal)
Then, mesti korang kata." kau tahu tak sepanjang 11 tahun tulah jiwa raga ku terseksa. Aku tak nak ingat sekolah dan tak nak pergi lagi ke zaman itu" kalau saya salah, silalah buat bantahan.. hehehe..
Bagi saya, sekolah ialah tempat terindah yang pernah saya jumpa.. Ya.. Memang ada suka duka sepanjang zaman persekolahan.. Tapi kira okla sebab kita ada perkara yang nak dikenang.. Tak percaya??
Let's recap my last year as a student:
Bermula pada awal sesi persekolahan.. Saya mengaku. tak banyak sangat cerita time ni. Paling tidak pun cikgu asyik bagi pesanan penaja yang sama." you guys dah Form 5. No more hankie-pankie!"
(MENGUAP BOSAN.. HUAAAA!) Baca bagi habis dulu.. Ish.. Ish...
Dalam bulan Mac macam tu.. Kira time nih da banyaklah aktiviti. Geng-geng seangkatan pun mula sibuk nak aktif kutip sijil.. Masa tu saya dan kawan-kawan fikir, nak tak masuk forum balik? Huh? Walhal kami dah merancang tak nak masuk sebab tak nak bebankan diri. Tapi lepas tu fikir lagi, tahun ni tahun akhir.. Lepas ni dah tak boleh dah.. Why not rebut peluang yang ada?? Then, kmy pun berforum lah balik.. Hehehe.. So, memang bersungguh buat persediaan..Cari bahan, buat teks.. Haa.. Jangan ingat perjalanan kami ni begitu smooth tanpa halangan.. Banyak halangan dan tembok-tembok yang perlu kami harungi.. Hahahaha.. Yang ini tak perlulah saya huraikan ya..
Hari pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah di SM VOKASIONAL:
Nak tunjuk yang kami sayang cikgu.. Maklumlah.. Tajuk forum kami Cinta..
Acecey.. Posing-posing sebelum sampai giliran.. Hehehe.
Alhamdulilah.. Kami dapat Johan dan ini merupakan kejayaan kedua kami.. Ya.. Inilah sumbangan terakhir kami sebelum melangkah pergi dari sekolah.. Go SeriNibong.. ehehe..
Kami ke pertandingan peringkat negeri dan seterusnya kebangsaan..
Tamat je pertandingan peringkat Negeri tu, kami lupakan sekejap tentang forum. Nak pulun Trial SPM yang kian mendekat. Namun, susah juga bila jadi pelajar tingkatan 5 sekali gus merangkap Pengawas Pusat Sumber. Dah tu pulak, Pusat Sumber sekolah ada masuk pertandingan peringkat kebangsaan.. Hah.. Sudah! Mulalah tak cukup tangan buat kerja.. Study? Ke laut! Badan penat, diri pun dah nampak macam zombie je.. Mana nak study..
Bila hari penilaian pusat sumber makin tiba, semua jadi kelam kabut.. Entah berapa kali saya dan kawan-kawan menjatuhkan air mata.. Hidup kami memang serabut lagi kusut.. Stay dekat sekolah sampai malam. Argh! Sakit jiwa dibuatnya..
Hari penilaian pun tiba.. Jangan ingat semua dah selesai.. Hari tu lagi menambah pening kepala yang sememangnya dah pening ni. Pakcik penilai tu punyalah banyak songeh.. Yalah.. Dia menilai dan kami dinilai.. Nak tak nak Ikut jalah.. Macam cerita Labu Labi.. Hentam sajalah..
Inilah button yang kami pakai masa hari penilaian tu. Comel tak? Purple gitu! Wuhuu..
Saya lega apabila semuanya dah selesai.. Tak nak fikir apa dah.. Fokus SPM! Namun, Allah mahu menduga lagi.. Baru sahaja nak menarik nafas lega, tetiba dapat call yang saya perlu menggantikan kawan dalam pertandingan kawad. Allah.. Masa tu keliru sangat dan saya pun akhirnya ia kan saja.. Itupun mendapat tentangan dan pelbagai lagi masalah melanda.
Sampai sahaja waktu Trial, saya pasrah lagi berserah. Apa nak jadi, jadilah.. Saya tak mahu ambil kisah tentang result trial saya yang pasti mengecewakan punya.. Orang tak study takkan nak berjaya kot!
Allah itu Maha Adil.. Siapa sangka, result trial sememangnya lebih baik daripada result-result exam sebelum nih.. Paling best, saya tak fail Addmath buat pertama kalinya! Hahahaha.. Alhamdulilah.. Baru saya terfikir, ternyata ada hikmah di sebalik peristiwa-peristiwa yang membuatkan hidup saya tunggang langgang sepanjang tahun..
kami pun kembali sibuk buat persiapan untuk pertandingan forum peringkat kebangsaan.. hehehe.. Ni kira holiday time bagi kami selepas berhempas pulas menjawab soalan trial..
Gambar kenang-kenangan di Dewan Bahasa Dan Pustaka
Walaupun kami tak menang, namun ia merupakan pengalaman yang manis dan amat berharga.. Got to know orang yang berlainan negeri.. Room mate saya, Syaza(Perlis), Amira( Terengganu) dan Natasha( Kelantan).. Best dapat kenal korang..
Sebaik sahaja tamat pertandingan forum ni, maka saya secara rasminya bersara daripada sebarang aktiviti luar.. Kali ini saya betul-betul fokus SPM.. Tak main-main lagi..
Hari yang dinanti-nanti telah tiba.. Oops.. Belum SPM lagi.. Ini cerita hari-hari terakhir sebelum menjelangnya SPM.. Waktu inilah kami kena berpisah dengan kelas tercinta.. Paling tak tahan, da majlis restu guru.. Huhuhu.. Part ni saya tak suka sangat.. Memang nak restu guru, tapi kita akan teringat balik kesalahan-kesalahan pada mereka dulu.. Saya menangis. Tambah-tambah bika salam dengan guru BI saya.. Forgive me teacher! I'll promise i wont be stubborn anymore! Huhuhu..
So, kami pun mulalah snap-snap dengan cikgu dan juga kawan-kawan.. Nak berpisah dah..
Anthony.This guy always make me laugh.. See His Face?? LoL..
Jiran sebelah tempat duduk.. Oh.. Angel Lai!
My lovely Mama Linda a.k.a guru kelas terchenta..
So, amacam cerita saya? Bosan? Hahaha.. Tak apalah.. Saya hanya mahu berkongsi.. Mungkin perjalanan hidup korang lebih baik..Cuma nak cakap sesusah mana pun hidup korang dulu, fikirlah yang indah-indah. Sepahit mana pun kenangan kita dulu di sekolah, think positively.. Saya tahu entry ni terlebih panjang. Sebelum korang menghalau saya, lebih baik saya chow dulu.. Until Next time..
SAYONARA...
No comments:
Post a Comment