Sunday, 26 January 2014

Angkat bakul..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua! Haih.. Rasa berkurun tak menulis di sini.. Kekadang teringat juga tapi hendak menulis ni harus ada mood. Taklah merapu tak tentu hala dan buat orang menyampah nak baca.. Hehehe..

Dalam entry kali ni saya tak nak menggunakan perkataan korang. Means saya tak nak menujukan entry kepada orang lain sebaliknya KITA.. Saya dan awak-awak semua yang terbaca blog ni..

Pernah tak kita dengar peribahasa masuk bakul angkat sendiri? Pernah? Tak pernah? Yang pernah tu baguslah dan pada yang tak pernah tu biar ceq yang bagitau.. Masuk bakul angkat sendiri ni macam orang yang suka puji diri sendiri. Dalam setiap perkara dia mesti akan mengatakan yang diri dia hebat malah paling superb lah! Perkataan lain bagi menggambarkan orang jenis ini ialah Bangga diri atau Ujub..

Percaya atau tidak spesies orang sebegini belambak zaman sekarang. Jujur saya katakan saya juga kadangkala ' termasuk' dalam kategori ni.( sebab itu saya tak nak menyalahkan sesiapa kerana saya juga manusia). Masalahnya sekarang. Kita sendiri tak pernah sedar kelakuan kita tu sebenarnya dah termasuk dalam golongan orang yang ujub ni. Dulu saya tak berapa kisah sangat tentang sifat ni kerana sikap manusia berbeza-beza. Lantaklah orang tu nak bangga diri ke apa, bukannya ada kaitan dengan aku pun. Tapi bila saya dengar satu ceramah ilmu di TV, saya rasa terpukul dan sifat ni bukan  sahaja berkaitan dengan diri kita je tapi terkena pada orang lain juga.. Tak faham?

Situasi 1:
Kita ni dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. Harta melimpah ruah sampai tujuh keturunan pun tak habis makan. Maka kita ni pun selalu lah pakai benda-benda mahal yang tak mampu dimiliki oleh kawan-kawan yang lain. Selalu bawak ke sekolah tunjuk pada kawan-kawan, tak pun post kt FB tentang kekayaan yang kita miliki.. Kita rasa cool sebab kita ada benda tu dan orang lain tak akan dapat. Bukankah tu nama dia bangga diri?? dan kemudian orang-orang yang di sekeliling kita tu mulalah cemburu dan iri hati.. Then, berlumba-lumba pulak nak tunjuk siapa lebih hebat.. Dah jadi sesi riak dan berjangkit pada masyarakat lain pulak.. Ish.. Ish..




Situasi 2:
Ok.. Bukan nak menghina tapi ujub jenis ni agak keterlaluan bagi saya. Dia ni boleh dikatakan selalu beribadah.. Solat tak pernah tinggal, puasa tak pernah ponteng.. Tapi dek kerana ibadah dia tu dia sibuk bercerita tentang apa yang dia buat. Sampaikan orang lain pun terkena tempias perlian dan kata-kata nasihat. Kononnya kita ni tak sebaik dia sebab tak buat itu dan ini.. Orang-orang tu pun semua bengkak hati dan bernanah telinga dengar apa yang dia cakap. Depa bukan suka tapi menyampah! Tambah dosa dan boleh memutuskan silaturrahim..



See? Niat kita kadangkala hanya mahu berkongsi tapi apabila perkongsian kita tu terselit unsur hinaan dan merendah-rendahkan orang lain itu bukan caranya.. Banyak lagi bentuk ujub yang tak disebut.. Apa yang saya tulis tu hanyalah sebahagian daripada senario yang berlaku dalam masyarakat kita..

Apa nak buat jika kita nak elak jadi golongan angkat bakul ni?? Senang ja.

Ingat lah yang apa yang kita ada hanyalah secebis daripada rahmat Allah semata-mata. kekayaan, rupa yang cantik, kepandaian cuma pinjaman yang Allah boleh tarik bila-bila masa, di mana-mana sahaja..

Bayangkan kita sibuk-sibuk bercerita tentang kemewahan, esok lusa Allah tarik semua harta-harta kita (contoh terdekat Qarun yang dimakan bumi)

Jika hari ni kita sibuk dok kata orang yang tak beribadat tu masuk neraka, entah-entah ibadat kita tu sia-sia ja.. Tak dapat apa-apa pun..

Kita cantik tapi selalu dok post gambar pelik-pelik bagi satu dunia tengok, mana tahu tetiba je Allah dah tak nak kita miliki kecantikan lagi.. Lalu Allah pun buatlah kita terlibat dalam kemalangan ka yang menyebabkan rupa paras yang cun tu cacat selamanya..

Semua nya boleh terjadi. KUN FAYAKUN.. Ayat keramat tu boleh mengubah semuanya.. Apa yang Allah kata akan jadi, maka ia pasti berlaku.. So, doa ialah senjata utama. Moga kita sama-sama terpelihara daripada sifat "angkat bakul" dan bangga diri. Until next time..



P/S: ini sekadar renungan.. Tidak berniat menyindir sesiapa.. Mohon maaf jika ada yang terasa..


SAYONARA..



No comments:

Post a Comment