Sunday, 19 January 2014

Bersyukurlah..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria buat semua. Entry ini ditulis dikala hati saya tidak tenang. Entahlah.. Mungkin ada seseorang yang marahkan saya kot. Ampunkan saya korang... Kadangkala Allah tidak mengurniakan apa yang kita mahu dalam dunia ni. Kita pun merungut dan terus merungut apabila melihat kejayaan orang lain. Lalu hati bertanya." kenapa aku tak dapat?"

Apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat. Bukan Allah yang tidak adil dan bukan juga salah kita. Itu semua dugaan dan ujian Allah pada setiap hambanya. Bukankah itu tandanya Allah sayang pada kita? Maka mengapa kita perlu tidak puas hati?

Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak dapat sesuatu bukan bermaksud kita gagal. Gagal sekali bukan gagal selamanya.. So, better korang stop merungut dan menjadi pedengki kepada orang lain!

Lihat pada diri kita. Apa lagi yang tidak cukup? Allah mengurniakan kita anggota badan yang sempurana.. Jawapannya YA.. Allah memberi kita ibu bapa yang sentiasa menyayangi kita.. Of Course!.. Then, apa lagi? kalau nak disebutkan satu persatu.. Memang panjang berjela lah entry nih!... So, korang pandai-pandailah fikir sendiri..

Hope korang boleh terima entry ni. Saya juga manusia biasa.. Tidak layak pun nak merubah orang lain. Pesanan terakhir, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Sedetik sahaja hati ingin memberontak, cepat-cepatlah berfikir bahawa ada orang lain lagi yang lebih susah daripada kita... Until next time..

SAYONARA...





No comments:

Post a Comment