Tuesday, 28 January 2014

SEBAB-SEBAB KORANG TAK PERLU BERCINTA ZAMAN SEKOLAH..

Bismillahirrahmanirrahim

                                                                   Assalamualaikum :)

Menurut Robert J. Sternburgh dalam Teori Segi Tiga Cinta ' Cinta merupakan satu perasaan yang positif dan mempunyai nilai-nilai positif'. Betullah apa yg pakcik ni cakap tentang cinta. Bila kita bercinta terasa indah belaka. Selalu rasa diri ni berada di awang-awangan dan melayang-layang. Yeah I know.. Memang macam tulah orang bercinta..

Saya memang tak reti bercakap soal cinta.. Well, masih budak mentah.. Baru habis SPM.. Apalah sangat.. Pengalaman pun tak banyak. Apa yg saya tahu cinta merupakan satu perkara yang subjektif (LAME...) Semua orang tahu kan? Hahaha.. Kita tak dapat lihat cinta malah tak dapat pegang pun. Tapi kita dapat rasa apa itu cinta.. Kalau nak hurai soal cinta ni memang panjang berjela sebab cinta ni skop dia luas... For example.. Cinta pada Allah, Cinta pada ibu bapa and so on...

Di sini saya nak bincangkan tentang cinta yang orang selalu je sebut.. Cinta pada manusia.. Means perasaan suka sama suka antara different gender.. Nak lebih specific lagi, apa yang saya nak cakap ialah Cinta Monyet..

Kalau nak ikutkan hati den malas nak ceghita tentang benda nih sebab dah jadi norm dalam masyarakat. Budak-budak muda zaman sekarang ni seawal usia 6 tahun dah tahu apa itu cinta. Maka apabila dah start masuk alam persekolahan mulalah nak ada pakwe @ makwe sendiri..

Dulu aku (dalam hal ni ceq bahasakan diri ceq akulah no) tak berapa kesah sangat.. Ala cinta bebudak apalah yang nak diherankan.. Tapi bila kita tak hairan tulah benda ni makin melarat.. Daripada perkara kecik jadi besar. Cer tengok berita zaman kini.. Apa? budak bawah umur rogol kekasih sendiri.. Tak pun terlanjur sampai bunting then anak main campak merata.. Itu kira perkara biasa lagi ke?? nope.. For me, benda ni dah keterlaluan.

Dulu masa zaman aku sekolah rendah benda-benda tentang hubungan.......... (faham-faham sendirilah ye) masih tak ada dalam otak.. Itulah bila zaman makin canggih, otak pun ikut maju sampai merosakkan diri sendiri..

Aku nak nasihatkanlah pada adik-adik junior yang still sekolah tu, tangguhkanlah dulu hasrat hati anda mahu berpacaran atau berfeeling-feeling secara berlebihan. "elleh.. Akak cakap nih macam lah akak tak ada pakwe dulu.. Cakap je lebih!" Ok.. fine.. Den ngaku dulu den pun pernah couple ni masa umur 12 tahun.. Tapi bila dah jadi budak umur 18 tahun ni, aku fikir balik.. Apa ke bengongnya aku ni pi bercinta masa tu? Aku bercakap melalui pengalaman yang tak seberapa tu dan juga kisah-kisah orang di sekeliling..

Antara sebab korang tak payah nak bercinta zaman sekolah ialah:

1. ILMU MASIH CETEK..
Masa sekolah nilah korang nak kumpul, cari dan teroka ilmu bukan nya sibuk nak bercinta. Apa korang ingat korang boleh survive dalam alam percintaan tanpa ilmu.. Nonsense! Ilmu ni yang nak tolong hampa daripada ditipu, kena tipu dan jadi Tipah Tertipu! Berapa kerat ja budak-budak zaman sekarang yang tak kena apa-apa masa bercinta.. Hampa muda lagi jangan rosak kan diri dan abaikan pelajaran kerana cinta.. Itu takkan ke mana-mana..

2. WASTE, WASTE AND WASTE..
Aku ulang perkataan waste tu 3 kali sebab ada tiga benda yang hampa bazirkan semasa bercinta zaman sekolah..
# WASTING YOUR TIME:
As a student, korang patut luangkan masa dengan study,buat homework. kalau korang bercinta, dah sah-sahla berchatting 24 jam sehari semalam sampai tak ingat dunia. Tak pun dok calling2 bercakap berjam-jam.. Homework terbengkalai macam tu je dan esok pagi baru nak terhegeh-hegeh nak buat

 # WASTING YOUR MONEY: 
 Duit tu kalau korang simpan setiap hari, cukup dah nak guna buat sambung study. Everything in this world, we need money. So, janganla membazir duit tu ke arah yang tak berfaedah. Kalau dah setiap ary dok call pakwe@ awek, tak ke nak kena topup? Apa korang ingat topup tu pakai daun kering yang boleh kutip macam tu je? lagi satu hampa tu masih di bawah tanggungan ibu bapa. Penat-penat je depa cari duit, hampa buang duit tu macam tu ja..

 # WASTING YOUR ENERGY: 
Eh, bercinta pun pakai energy?? Yelah yang korang pergi dating dan jalan-jalan tu pakai apa? Bateri? Bayangkanlah ek..Korang nak spend time dengan dgn pakwe @ awek korang hujung minggu SO, ajak lah depa pi jalan-jalan, pi taman bunga ( habis sweetlah tu!)..Satu hari korang keluar.. Bila balik rumah ja terus pengsan! Tidurlah maksudnya.. Apa jadi dengan buku-buku dan hidup korang sebagai student yang esoknya nak p sekolah.. Huh.. tak yah  jawab.. korang pikiaq sendiri!

3. MASIH TAK MATANG DAN TAK BERSEDIA..
Terus terang cakap, apa motif hampa bercinta sebenarnya? Hampa dah sedia nak kahwin atau sekadar suka-suka? Kalau kata suka-suka tu yang nak kena tu!! Kononnya kalau tak ada couple are so uncool.. Cool tak cool.. Hampa masih tak bersedia...Cuba tanya apa syarat sah nikah? Apa undang-undang yang dah ditetapkan oleh mahkamah syariah? kalau korang ley jawab tanpa tengok mana-mana rujukan..Good! Korang memang dah layak kahwin.. Bercintalah puas-puas lepas tu.. Tapi kalau still tergagap.. Just keep your dream!.. Pergi mantapkan diri dulu..

Understand now? Tak salah pun kalau nak rasa suka ka apa..Cikgu den pernah cakap.. Just keep your feeling until you truly ready.. Tapi kalau korang nak jugak teruskan niat suci murni anda tu, up to you.. Your life, your decision.. Tugas saya sebagai masyarakat hanya berkongsi.. Blog ni saya wujudkan kerana mahu bercerita apa yang saya rasa, apa yang saya lihat.. Until next time.. 

SAYONARA..

No comments:

Post a Comment