Assalamualaikum w.b.t and hye you guys! Mina san ogenki dess ka?? Hehehe.. Buang tabiat agaknya tetiba je cakap Jepun.. Hahaha.. Jangan marah u'olls.. Hehehe.. Dah berapa hari tak update blog ni, rasa macam sunyi je.. Tangan ni gatal nak menulis.. Huhu.. Writing is my passion.. Tak menulis satu hari rasa macam pelik semacam..
Ok.. Tamatlah sudah sesi mukaddimah merapu saya.. Back to the topic.. Korang yang baca tajuk hari ni, mesti berkerut-kerut dahi.. Sunny? Apa Itu Sunny? Adakah ia Kucing atau Hamster yang comel? Eh... No... No.. Bukan binatang ya malah tak ada kaitan pun dengan suku sakat makhluk bernama haiwan.. Jeng! Jeng! korang pelik? Berminat nak tahu? Sila baca entry ini sehingga penghujungnya.. Hahaha.. ^_^
Sunny ni actually ialah salah satu filem korea dalam tahun 2011.. Huish lamanya!! Kenapa baru hari ni nak tulis tentang cita ni? Hahaha.. Saya pun tak pernah tahu pun kewujudan filem ni pada tahun tersebut.. Al kisahnya bermula apabila saya menonton filem ni di slot Saranghae TV9.. Hurmmm... Apa yang best sangat tentang cerita ni? Ala.. Cerita korea mesti pasal cinta.. Bosanlah (kata-kata yang saya selalu dengar bagi yang bukan K-POPERS)..
Saya di sini bukan nak promote korang jadi peminat k-pop.. Tak minat tak apa... Saya hanya nak kongsi tentang jalan cerita ni yang memang saya rasa totally different daripada drama or filem korea yang saya pernah tengok..
TADAA! Inilah filem Sunny yang saya asyik sebut-sebut dari tadi.. hehehehe...
Hah... Cepatlah cerita apa yang best sangat... Apa yang lain sangat sampai cerita ni berjaya masuk ke dalam blog saya.. Hehehe.. Actually cerita ni menunjukkan nilai-nilai persahabatan yang kuat antara sahabat.. Sebelum ni kita kata je ada kawan.. Tapi setakat tu je kita anggap kawan kita?? Dalam cerita ni kawan bukan sekadar sahabat tapi ialah keluarga.. Itu yang saya nak tonjolkan sebenarnya.. Filem ni memang membuka mata saya yang dulunya sepet sedikit tapi sekarang dah bulat dan comel (sempat puji diri sendiri nampak? LOL).. Hehe..
Korang still tak faham apa yang saya cuba katakan? Fine.. Saya cerita sikitlah sinopsis filem ni...Biar hampa faham dan jelas sejelas-jelasnya.. Hahahaha...
SINOPSIS:
Kisahnya bermula (acewah.. klise gila ayat permulaan ni.. ><) apabila Na Mi seorang gadis dari daerah terpencil bernama Jeolla berpindah ke Seoul.. So, dia ni agak kekok dan jakun sikitlah bila masuk sekolah kat bandar.. Apabila dia nervous, terkeluar dialek daerah dia yang dulu sehingga Na Mi ni kena buli.. Dia diselamatkan oleh sekumpulan kawan yang terdiri daripada Ha Chun Hwa, gadis yang pandai fighting dan sangat berani.. Hoho.. Geng-geng yang lain ialah:
Jang Mi- selalu berangan nak wat plastic surgery bagi mendapatkan mata yang cantik,
Jin Hee- minah ni sangat pandai bab bercakap,
Geum Ok- budak ni agak skema sikit coz sebab minat bidang penulisan but when it comes to fighting.... Serious garang nak mampos!
Bok Hee- Berangan nak jadi Miss korea.. hahahaha..
Su Jin-gadis misteri yang sangat sombong.. Huh..
Na Mi start jadi ahli kumpulan mereka apabila mereka berhadapan dengan group Sonyo Sidae atau pun girls generation.. Sewaktu itu Na Mi tetiba je naik angin dan cakap merapu-rapu kononnya dia mewarisi ilmu daripada nenek moyangnya yang membolehkan makhluk halus boleh masuk dalam badan dia.. (Part ni memang merapu sikit).. Oleh kerana, Na Mi berjaya mengalahkan plus menakut-nakutkan group tu maka dia dengan rasminya menjadi salah seorang sahabat mereka.. Mereka pun memberi nama kumpulan yang ditubuhkan sebagai SUNNY dan berjanji akan bersama sehidup semati..
Sewaktu festival di sekolah (ini saya pendekkan ek.. Yalah cerita banyak-banyak korang tak da mood pulak nak tengok filem ni..) ada satu kejadian yang berlaku yang menyebabkan salah seorang ahli mereka ditimpa kemalangan serious.. Hal ini menyebabkan mereka kecewa dan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing tapi berjanji akan bertemu kembali suatu hari nanti..
Twenty five years later, Na Mi telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan mempunyai seorang anak perempuan.. Semasa pergi ke hospital untuk melawat ibu mertuanya yang sakit, dia telah bertemu semula dengan Ha Chun Hwa.. Malangnya, Chun Hwa kini menderita penyakit barah dan hanya menunggu masa untuk mati.. Ha Chun Hwa mempunyai satu hasrat iaitu mahu berkumpul semula dengan rakan-rakan dan mahu kumpulan SUNNY hidup kembali..
Menonton filem ini membuatkan saya tersedar daripada lena.. Adakah selama ini kita benar-benar menghargai sahabat kita?? Mampukah kita mencari sahabat kita walau di mana pun mereka berada? Ya.. Saya menangis-nangis tatkala menonton filem ini.. Timbul sesalan dalam hati.. Kenapalah aku tak jumpa filem ni lebih awal? Tidaklah saya kata yang saya ni langsung tak menghargai kawan sebelum tengok cerita ni.. Jangan salah faham ek awak-awak semua..
Cerita ini mengajar saya erti sahabat yang sebenar.. Your friends are not just friends.. They are your family.. They are like your sibilngs.. Kalau korang tak sampai hati menyakitkan hati family korang sepatutnya korang perlu buat macam tu jugak pada sahabat.. Never hurt their feelings..
Pesanan terakhir saya buat diri sendiri dan korang semua.. Sahabat ialah keluarga anda. (3 kali u'olls I ulang ini ayat! Bermakna ayat ini sangat penting!).. Jika kita ada buat salah jangan segan-segan mengaku kesalahan kita.. Mengaku bukan bermaksud korang kalah.. Remember that thing..
My promise to all my friends:
1. I promise to stay by your side forever no matter what happen to you..
2. I promise I wont hurt your feelings
3. I promise we're friends until the last breath..
Wah.. Rasa macam sedih je nak tulis entry ni.. Hahaha.. Jika rajin sila-silalah tengok cerita ni.. Saya pun masih mencari full movie Sunny di internet.. Anda pasti rasa apa yang saya rasa saat ini.. Until Next time..
SAYONARA...
No comments:
Post a Comment