Saturday, 18 January 2014

My New World

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.. konbawa.. hehehe.. Rasa teruja sangat bila dapat menulis entry di blog ini.. Saya baru sahaja cuba-cuba nak blogging.. Harap beri tunjuk ajar erk.. hehehe.. hakikatnya saya bukan la seorang pencinta laman sosial yang nak bukak macam-macam akaun. I've no Insta.. No Twitter. Hanya Facebook ku yang tercinta sahaja.. Ramai tanya kenapa lah tak buat? Senang sahaja jawapnnya.. Tak larat nak bukak banyak-banyak.. Ok.. Kalau nak kata saya ni tak maju.. Silakan.

Sebelum ini saya sangat sibuk dengan persiapan nak SPM.. Lupa pulak nak bagi tau.. Saya ni budak lepasan SPM.. Sekarang ini sedang bersenang lenang di rumah... Hehe. Oleh kerana saya banyak masa terluang sekarang, saya bukak FB setiap hari. Pagi petang siang malam.. Lama-lama saya pun dah naik bosan. Selepas tu terfikir pulak nak sambung tulis diari yang telah dibuang jauh kerana MR. SPM.. Maka saya pun mencari semula diari yang dah bersawang dan mula menulis balik. Tapi, hati tetiba je tanya sampai bila lah nak luah perasaan merapu-rapu kat dalam diari? wat nye hilang  diari tu, menangis tak berlagulah jawabnya! huhuhu..

Hah.. Dari situ lah saya terfikir why not kalau blogging? masalahnya pulak.. Saya tak tahu sepatah haram pun tentang blog nih.. Ish.. Ish.. Sedihnya jadi diri saya nih.. Teringat bila best friend saya, Izzah Afifah (the cutest friend ever!) dah lama berkecimpung dalam bidang blog ni.. cewah... hehehehe. So, saya pun story-story lah dengan dia tentang hasrat nak buat blog.. Then dia kata ok and we set a date.. Bukan date for dating ya.. Jangan salah faham..

So, hari ni kami berjumpa dan lepak di KFC.. Maka bermulalah operasi membuat blog yang takla secantik mana ni sambil pekena Snack Plate..Jangan jelous.. Hehehehe.. Setelah berkampung berjam-jam lamanya di KFC, akhirnya...... TADAA!!... This is my lovely blog.. Yay! Mission Accomplish!

Saya masih belajar lagi bab-bab blogging nih.. Thanks to Izzah Afifah.. Luv you ketat-ketat.. This is my first entry for today.. Until next time..


SAYONARA...


No comments:

Post a Comment