Assalamualaikum.. Hai.. Memandangkan sabtu ni which is lusa.. Aku dah kena balik matriks *Sobsobsob... Sedihla weh.. Ingat aku suka sangat ka duduk jauh-jauh.. Kedah tang hulu tu ha.. Hakhakhak.. Tak apa... 2 bulan lagi... 2 bulan lagi... Pastu yehaaa...
Makanya.. Aku tak nak lah buat mukaddimah berjela-jela.. Straight to the point je... Aku tulis entry ni pun sebab hari tu.. Aku dok belek-belek lah FB.. Then ternampak soalan-soalan adk-adik form5 tentang itu ini.. Pasal UPU.. Pasal asasi.. Matriks.. Tak kurang jugak.. "Macam mana nak apply oversea ye?"
Kiranya.. Benda ni sama ja masa aku form 5 dulu.. Blur.. Confuse... Ramai adik-adik anggap -Matriks ni SUSAH-.. Seolah-olah benda lain senang.. Masalahnya.. Ada ke benda senang dalam dunia ni? Matriks akan dibandingkan dengan asasi... or diploma.. Nak masuk mana satu? Mana satu yang lebih bagus? Jawapannya.. Semua bagus.. Yang bezanya.. Diploma 3 tahun... Matriks 1 tahun and korang akan cepat masuk universiti.. Cepat graduate.. Cepat kahwin.. Kan? Kan?
Dalam entry ni aku tak nak lah cerita pasal life kat matriks sangat.. Means.. Nak ambil modul apa.. Belajar apa.. Benda-benda tu dah banyak kat blog.. Hanya search menggunakan hujung jari anda..
Heaven or disaster? Nak kata heaven sangat pun idoklah.. Nak kata disaster sangat pun idok la jugak.. Heaven bila hampa semua dapat classmate yang best.. Yang sangat membantu... Heaven lagi bila korang masuk kuliah.. Dapat faham apa yang lecturer ajar.. Dan lagi heaven kalau dapat pointer awesome.. Sebab apa? Dah korang kata matriks ni susah.. Kan gempak kalau dapat pointer hebat.. Kan? Kan? Disaster bila.. korang tak sempat buat tutorial.. Tak faham satu hapa dalam kuliah.. Dan dapat pointer rendah menyebabkan korang rasa nak campak diri dalam stor..
Well.. Sepanjang kat matrik aku taklah kata aku merana dan tak pula kata yang tak pernah bahagia.. Syok apa.. Untuk pengetahuan korang.. Setiap kali tutorial.. Lecturer akan terang balik apa yang ada dalam kuliah walaupun bukan lah semua.. Dan mereka akan guide korang kalau korang tak reti.. Lagi satu nak habaq mai.. Peratusan pelajar yang dibuang setiap tahun tu sedikit sangat.. Tak sampai beratus-ratus pun.. Yang korang cuak sangat apahal?
Persoalan kedua yang ramai pelajar anggap matriks ni terrible.. "Betul ke susah nak masuk universiti?".. Hurm.. Dulu pun aku fikir macam tu jugak.. Even sanak saudara jiran tetangga.. Macam kata.. Matriks? Huh? Adik-adik yang ku sayangi.. Setakat ni.. Senior-senior aku yang masuk matriks tak ada lagi yang tak sambung degree.. Even dapat universiti hebat.. USM.. UM... So.. Apa kehal nya yang tak dapat? Dan aku sendiri jumpa kaunselor.. Kaunselor siap bagi list budak sem lepas yang masuk universiti.. Alhamdulilah.. Peluang sangat cerah.. Apa yang nak ditakutkan?
It's all about mind set... Dan skeptikal orang ramai.. Walhal budak matriks.. Hebat apa.. Yang penting belajar.. Walau kat mana pun kita.. Sebab kalau malas.. Semua tak jalan (Aku tak kata la aku rajin sangat =.=)
Being a matriculation student isn't that bad.. Lecturer semua bagus.. Semua tolong kalau tak faham.. Selagi boleh tolong markah kita dia tolong.. Ngeri lagi kah bagi anda?? But.. Aku tak kata semua kena masuk matriks dan yang lain tu tak best.. You make your own decision.. Let say kau straight A's.. Ambil la MARA atau JPA.. Tapi kalau nak masuk matriks pun tak salah.. Even nak ambil asasi or diploma pun tak salah.. STPM? Pun ok.. Selagi kau boleh belajar.. Kira bagusla...
Don't be so demand.. Aku nak jadi doktor je.. Nak jadi engineer je.. Peluang kerjaya tu luas.. If that is your dream make it reality.. Don't be such a good spoker.. But you're doing nothing..
Sekian... Doa kan aku tamat matrikulasi dengan jayanya.. Dan dapat sambung degree dengan penuh bergaya.. To SPM candidate... Start fikir tentang masa hadapan.. Kepada lepasan SPM.. Make a wise choice.. Buatla solat istikharah kalau tak pasti..
JYA MATTA..
SAYONARA..
No comments:
Post a Comment