Sunday, 1 February 2015

Jodoh Itu Milik KIta?



Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum... Hai... Welcome back to your bersawang blog.. Hakhakhak.. Actually tak lah bersawang sangat.. Hari tu kan aku ada update..

Soooo.... Aku sebenarnya was-was nak update pasal title ni.. Weh.. Aku ni baru 19 kot( not officially).. Takkan tetiba nak cakap pasal jodoh kan? Kan? Tapi ustazah aku ada cakap.. Kamu dah boleh dah kalau nak mohon jodoh yang baik sekarang.. Kira boleh la kan update? Hekhekhek...


Ramai antara kita sekarang mudah memberitahu pada orang ramai.. Taken By....... Dia milik saya......
Persoalannya.. Adakah anda pasti?

Well.. Sangat sukar untuk pastikan si dia tu milik kita.. Benar-benar jodoh yang Allah tetapkan.. Sebab.... Jodoh itu rahsia Allah.. Kita tidak tahu apa akan jadi 10 tahun yang akan datang... Biar berapa lama sekali pun awak dengan dia.. Itu belum menjanji kan apa-apa jaminan awak bersama dia...

Dan kalau benar pun awak yakin dia betul-betul jodoh awak... Lihat semula... Adakah dia mampu membawa awak ke syurga??Kalau tak tahu tengok balik ayat An-Nur...

Ok.. Aku tahu entry aku ni banyak soalan.. Sebab aku tak tahu nak cerita apa.. Hahahaha..

Konklusinya di sini.. ( Wah macam ayat karangan BM form 5.. Hakhakhak).. Jangan lah terlalu berbangga bila kita ada seseorang.. Sebab dia belum milik kita.. Janganlah terlalu menunjuk kepada dunia kita sayang pada dia.. Sebab belum tentu sayang itu membawa kita ke pengakhiran yang bahagia( Walaupun semua mengharapkan begitu)

Duhai adik-adik yang baru mengenal dunia.. Sayang pada pelajaran.. Agama.. Ibu bapa dulu ek.. Jangan mengejar cinta yang belum pasti.. Cabaran di luar lebih hebat daripada dugaan putus cinta.. Buat apa bercinta berkali-kali tanpa serik sedangkan percintaan itu ibarat tiada penghujungnya? Zaman muda... Untuk mencari kasih Illahi.. Jika sayang kan seseorang.. Sayangila penciptanya terlebih dahulu.. Ingatlah terlalu banyak perkara harus difikirkan... Sudah menunaikan hasrat mak ayah? Sudah balas jasa mak ayah? Kalau belum.. Fikir itu dulu ya..



Renungkan semula.. Bersederhana dalam cinta.. Kita tak akan kecewa.. Yakin sahaja pada Allah..

P/S: Maafkan hamba jika ada terkasar bahasa.... Kerana aku juga manusia...

Jya Matta...

SAYONARA..

2 comments:

  1. Waalaikum salam.. saya bersetuju apabila anda berpendapat " bersederhana dalam bercinta "..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete