Assalamualaikum,
So, tahun 2020 dah menginjak ke penamat. Aku boleh cakap tahun ni adalah tahun paling tak produktif, tahun orang duduk rumah, tahun di mana buku merah tidak lagi berguna. Semua gara-gara cik Covid-19 (tiber en). Tapi, disebalik semua yang berlaku ni ada hikmah yang Allah pegang dan simpan.
Banyak mungkin tapi kita tak perasan😐 Atau kita ni memang ignorant tahap tak nak perasan, kah! Human being always arrogant tak tentu hala (including me myself).
What had happened to me throughout this year? Well said, aku akan cakap banyak benda jadi. Wait a minute, tak tahu nak mula dari mana. Nak dengar dari mana dulu? Dari hujung ke awal? Ke awal ke hujung? Gittew, pening dah aku cakap apa.
I changed my job again (not really change la, I just pulang ke sarang). Hopefully, kali ni kekal lama. Hope so, not planning to change my job dah. I love my job now but kinda hard to sustain and nak puaskan hati semua orang (kenapa ye kita hidup ni kekadang kena puaskan hati orang? I dont really understand)
Memang betul kita banyak dengar orang cakap "Puaskan diri sendiri je, tak perlu fikir pasal orang", haa.. To be honest, it is easy to say rather than do. Hakikatnya, dunia sekarang tu tak macam ni. We need to please others (especially boss) untuk kekal, untuk orang sanjung dan orang pandang. Bak kata Loca B dalam lagu GILA
"Kepala tak sehati, hatiku tak sekepala... Yakin ku lupa diri dalam mengejar dunia"
We tend to bury our real self and put the mask on to survive. Dan selepas itu apa? Adakah kepuasan tu dapat dicapai? The answer : Depends pada diri. Orang kata juga, kalau redha dan ikhlas tu ada Insha Allah dipermudah segalanya.
Okay end of kecelaruan emosi tah apa2 tu. Besides that, aku rasa aku mula rasa ikhlas dan redha untuk cuba buat benda yang sebelum ni aku tak nak buat atau tak suka buat. Sebab kerjaya aku memerlukan aku begitu dan begini, maka aku buat untuk challenge diri sendiri. Tak kata lah perfect but at least we try in everything we can. Kalau kau kata KAU TAK BOLEH sebelum kau cuba tu, maksudnya kau tipu. Macam mana kau tahu TAK BOLEH sedangkan kau tak tahu pun dekat mana kau boleh improve lagi.
Dan.. Sentiasa minta pertolongan Allah (ustajah!) Aku rasa Allah bagi aku banyak, tapi aku bagi Allah sikit sangat. Aku buat dosa lagi (hmmm). So, aku nekad. Bertaubat dengan membenci dosa dan elakkan diri daripada mengulanginya. Jauhkan diri daripada orang yang boleh heret aku ke lembah tak sepatutnya. Allah will give you more NUNU!
Apa resolusi 2021?
Terus terang tak fikir lagi, Kah!
1. Continue doing apa yang aku tengah buat sekarang. Fokus pada kerjaya, simpan duit
2. Bina hubungan baik sesama manusia
3. Bina hubungan baik dengan Allah (ni sepatutnya yang PERTAMA, hampeh kau!)
Sampai jumpa lagi lah Bloggie. Aku tak tahu lepas ni catatan memori indah luka ke atau memori daun pisang.
NUNU
No comments:
Post a Comment