Friday, 31 July 2020

Bloggie Rant 1.0

Bismillah,

Assalamualaikum.. Naa, blog ni dah kembali bersawang dek kerana tuan tanah yang tak cukup tangan nak menyapu membersihkan segala habuk sawang yang ada. Atau tuan tanah sendiri tak tahu dari mana nak mula (intro cliche lah sis)😒.. Btw, love the new feature in blog.. Setelah bertahun-tahun ada blog ni baru first time blogger tukar feature ye? Eheh..

Aku sekarang masih seorang 'private slave' berjaya with 2 jobs. Yaa, 2 JOBS! Apa ke tak cukup dengan satu kerja? Bukan tak cukup, tapi sekadar mencari pengalaman. Itupun masih takut-takut nak maju ke depan. Confidence issue mungkin? 

Aku perasan yang aku seorang yang ambivert (both introvert and extrovert) but for sure genetic introvert aku tu lebih mendominasi. Hence, I don't like to socialize with people too much. Kawan-kawan rapat seorang dua tu okay lah untuk dibuat tempat mengadu dan bercerita. Selebihnya, disimpan rapat dalam diri sendiri.

Disebabkan kerja-kerja dekat hospital tu sometimes menyesakkan dada, aku cuba buat something yang aku happy which are reading, dengar lagu or tengok drama-drama korea. Bila dah meningkat dewasa ni, you just have yourself to depends on maka jangan lah harapkan orang lain untuk bahagiakan kau. Makin usia meningkat, makin perlahan-lahan kawan hilang. Mungkin tak hilang ghaib tapi tak selalu ada di sisi. Kau akan dapat tengok mereka perlahan-lahan mencorak kehidupan yang mungkin berbeza arah daripada kau. So, do whatever you love ALONE okay?

Lately.. Aku baca balik buku-buku Hlovate (budak-budak sekarang mesti tak kenal Hlovate, yelah mana ada dah semangat membaca sekarang ni heh). Aku baca dengan sudut pandang yang berbeza. Pakai mata hati bukan pakai mata luaran sahaja. 

And it feels..... lonely.. Macam ada missing piece dalam diri aku. Buku-buku Hlovate ni simple tapi membawa makna yang tak tahu nak dibawa ke mana. 10 tahun yang lalu pun ada rasa macam ni, tapi masa tu masih zaman main-main yang 'nanti jelah fikir'. Sekarang ni ada masa lagi ke nak fikir? Ada tu ada, tapi kita sendiri tak tahu masa kita tu panjang takat mana. 

Dalam masa 10 tahun ni apa aku buat?

Dalam masa 10 tahun ni apa aku dah capai?

Dalam masa 10 tahun ni berapa banyak ilmu yang aku dah dapat?

Dalam masa 10 tahun ni aku dah jadi orang yang cukup 'baik' ke?

It keeps wandering in my head sampai ada satu tahap rasa macam mungkin Allah lengahkan sesuatu sebab you aren't ready for that or you are not good enough for that. Bukan kata kau tak layak tapi belum sampai masa nya.

Maka, nak tunggu sampai bila? Come on, there is always a first step in everything. Look for it Nunu. You are halfway in your twenties. Nak tunggu thirties baru nak cari ke?

Ayat Trisy dalam Rooftop Rant "Fake it till you make it". Dan kau pun boleh buat.

#Doakan

Nunu

No comments:

Post a Comment