Pray For MH370..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T.. Saat ini seluruh rakyat Malaysia dilanda kesedihan ekoran daripada kehilangan pesawat MAS MH370.. Pada mulanya saya langsung tidak tahu menahu tentang kehilangan pesawat ini.. Kira-kira dalam pukul 12.30 tengah hari, saya baru balik daripada latihan memandu dan menonton berita.. Mula-mula juga saya fikir pesawat ni milik negara China dan bukannya Malaysia sebab kebanyakan penumpang terdiri daripada warganegara China.. Saya cepat-cepat bukak FB dan tengok orang dah mula bercerita tentang pesawat ini.. Ternyata ia milik Malaysia Airlines..
Lebih menduka citakan hati saya sebagai seorang rakyat Malaysia ialah pesawat ini hilang tanpa khabar berita selepas 2 Jam berlepas dari KLIA.. Ia dikatakan hilang dari radar semasa berada di perairan Vietnam.. Allah.. Saat ini kita hanya mampu berdoa.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku.. Berdoalah wahai rakyat Malaysia.. Walaupun bukan ahli keluarga kita yang terlibat, tetapi kita adalah saudara.. Moga mereka ditemui dengan keadaan selamat.. Amin ya Rabbal alamin..
P/S: Tolong hentikan sebarang spekulasi tanpa bukti yang kukuh..
No comments:
Post a Comment