Thursday, 6 March 2014

Kenapa Ramai Pelajar Gagal Dalam Addmath??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w. b. t dan selamat malam korang! Perasan dak, saya punya intro selalu sama.. Mesti korang bosan kan? Kan? Kan? Huhuhu T____T

Ok.. Hari nak just straight to the point ja.. Tak nak cakap berjela-jela.. Kenapa saya nak cakap pasal benda ni? I mean tentang tajuk kali nilah.. Walhal, kalau nak ditanya tentang sejarah hidup lampau waktu sekolah dulu-dulu (Ceh.. Macam lama sangat tinggal sekolah.. Kehkehkeh.. ), saya pun tidak dikecuali mengalami masalah sebegini.. Yup.. Saya banyak kali Failed!! Dalam exam pertengahan dan akhir tahun lah selalunya.. Al maklumlah.. Saya ni bukanlah pandai sangat.. Setakat suam-suam kuku ja.. Hehehe..

Idea muncul nak tulis tentang Kenapa Ramai Pelajar Fail Dalam Addmath bila saya terjumpa adik junior Form 4 semalam.. Dekat sekolah.. Saya tanya dia macam mana life jadi budak menengah atas ni, and again I heard Urghhhh sound coming out from her mouth..

" Susahla.. Confirm dah Fail addmath ujian ni"

Then, bila bukak FB.. Again budak junior update status tentang addmath..

Saya tak nafikan subjek addmath ni memang killer tahap dewalah.. Bagi bukan otak Math macam saya ni, alamatnya terpaksalah bersusah-susah dahulu... Dulu.. Saya pun cakap macam adik tu jugak.. Addmath memang tak guna! Sakit otak nak jawab soalan..

Tapi whenever my oniichan dapat result SPM pada tahun 2012, saya terkejut.. Kenapa pulak? dia pun macam saya jugak.. Hahaha.. kat sekolah memang tak skor addmath.. Sekali tengok result dia.. Tudiaaaaaaa... Mau nganga den.. He get A for addmath! Gila tak gila?? Hahaha..

Abang saya cakap, addmath tak susah pun nak lulus.. Tapi saya tak faham.. Saya memang tak faham macam mana dia boleh skor dalam dalam subjek pembunuh tu..

Apabila saya naik saja Form 5, saya mula risau dengan pencapaian saya dalam subjek tersebut.. Dekat-dekat trial, saya pulun buat latihan.. Buat past year question.. Macam-macam la.. Bila result trial keluar, suprisingly saya dapat B from G! Haaaa.. Saya terkejut gila.. Memangla tak dapat A.. Tapi tu dah cukup alhamdulilah.. Kira permulaan bagi saya nak terus maju.. Bila saya fikir-fikir balik, saya sedar kesilapan saya yang menyebabkan saya fail..

Antaranya:
- Tak faham nak buat jalan kira. Ni kira commonla.. Sebab kebanyakan pengiraan dia memang buat fius otak mati di pertengahan jalan..

- Tak faham soalan.. Dah kau tak faham macam mana nak buat manalah nak faham soalan.. Sometimes, soalan dia terlalu berbelit-belit.. Padahal jalan pengiraan dia simple ja.. Sebab tu faham cara nak jawab itu penting..

- Mengalah sebelum mencuba.. Hah.. Ini kira masalah utama saya.. Bila tengok saja soalan yang dah buat kita sesak dada terus malas nak buat.. Nak cuba.. Tambah-tambah tengok soalan SBP.. Fuh.. Memang tutup bukulah jawabnya..

- Jarang buat latihan.. Even peribahasa pun ada cakap Practise Make Perfect.. Saya jarang buat latihan bila rasakan ada benda lain kena settle.. I mean subjek macam Fizik, Kimia and Bio.. Then, saya tangguhkan latihan bila time nak exam ja.. Time nak exam barulah nak sumbat sume formula, pengiraan dalam satu masa.. Memang tak bernaslah jawabnya..

Mengikut sebab-sebab di atas, saya gagal dalam exam.. Hah.. So.. Saya harap tiadalah adik-adik yang ikut cara saya ni.. Kalau tak faham.. Cepat-cepat tanya.. Ini tak.. Simpan masalah tu sorang-sorang.. Bila time exam.. Itulah balasannya.. Hahaha.. Saya pun tak boleh jangka apa result saya SPM  nanti.. Just wait and see.. Saya pun tak berani jamin yang saya dapat A.. Tapi kalau rezeki, tak ke mana kan??

Pesanan kepada adik-adik.. Never give up before you try.. Jangan anggap satu subjek tu selama-lamanya susah.. Until Next Time..

SAYONARA..



No comments:

Post a Comment