Wednesday, 5 August 2015

The Keyboard Warriors..

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan Hi... Hari ni tetiba terfikir nak menulis sebab selama ni punya pemalas nak buka blog... Heh.. Dah berhabuk dah.. Patutlah asyik bersin ja.. Hachummm....

Kepesatan teknologi dan media massa zaman ini boleh dikatakan amat menyenangkan dan memudahkan umat manusia... Berlambakan media sosial seperti Instagram, facebook, twitter etc.. etc... Tapi apabila yang dikatakan "dunia tanpa sempadan" itu disalah ertikan oleh sesetengah masyarakat... Maka.... Ramailah yang cuba memandai-mandai menjadi pencanang berita yang entah betul entah tidak...

Have you ever heard about "keyboard Warriors?" Ini bukan warriors macam kamen rider atau super sentai ya... Tapi warriors yang hanya muncul dihadapan skrin komputer sahaja...

Seseorang yang menjadi keyboard warriors amat taksub dengan media sosial... Kepakaran mereka meng'update' dan tak kurang juga menyebarkan berita harus diberi pujian... Tak percaya?... We'll see...

Masih ingatkah anda dengan kejadian kehilangan MH370 yang menjadi viral di seluruh dunia? Akhbar, berita dan termasukla media sosial melaporkan kehilangan tersebut... Tidak ketinggalan juga  si "keyboard warriors".. Malah berita mereka lagi cepat daripada pihak kerajaan... Dalam satu hari.. Berpuluh-puluh status menyebarkan berita... Persoalannya, untuk apa?

Tidak terfikirkah perasaan kami yang membaca status awak? Perasaan ahli keluarga mangsa yang menjadi bahan cerita awak? Hanya dengan satu klik... Awak telah melukakan hati beribu nyawa... Dengan satu ayat, awak telah membunuh berjuta nyawa... Siapa tahu kan?

Ayat paling banyak didengar " Wei, kalau hang tak suka dengan apa yang aku tulis hang boleh blah.. Block aku, unfollow aku" Dushhh...

Well, memang boleh.. Tapi ia tetap tak mengubah apa-apa... Lagi ramai yang membaca status anda... Setakat seorang block.. Paa dahal..

Carilah perkara-perkara yang berfaedah untuk ditulis.. Yang tidak menyakitkan mata dan mengundang cebikan orang yang membaca ini... Being a good keyboard warrior... Menyebarkan ilmu dan benda yang bermanfaat...

Anda mampu mengubahnya...

JYA NEE...

SAYONARA...👋👋




No comments:

Post a Comment