Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum w.b.t dan selamat petang you guys yang comel-comel sekalian! Hehehe.. Saya memuji bukan nak membodek ek tapi korang memang cute pun.. Hehehehe.. Memandangkan kelajuan internet broadband saya bergerak dengan sopan dan anggun sekali, saya tak naklah tulis panjang-panjang.. Jyeah.. Korang boleh bersorak gembira dan meloncat riang ala-ala Ribena kerana tak perlu baca entry ni panjang-panjang..
Ok.. Back to our topic.. Pernah tak korang rasa insecure dan tak confident bila nak buat sesuatu perkara? Urmm.. Misalnya, korang nak amek exam or nak pergi temuduga ( seriously benci dua benda ni!).. Absolutely yes.. Then, minda korang mesti tak pernah berhenti berfikir.. Hati pula tetiba rajin bertanya.. Maka soalan-soalan ni pun muncul:
"What if I fail?"
"What if I cant do It?"
"What if I cant answer those questions?"
Nah.. Menyampah gila bila What If ni kerap kali mengganggu minda kita.. Ia seolah-olah pembunuh semangat dan menjatuhkan lagi self-confidence..
Mungkin kita anggap biasa tapi kerana soalan-soalan nilah kadang-kadang kita dah malas nak mencuba.. Takut kita tak akan berjaya sedangkan kita tak try lagi.. Mana kau tahu kau gagal kalau kau tak buat lagi? Menipu je lebih!
Nak tahu kenapa saya tulis benda ni? Hehehe.. Actually this What If dok ada dalam minda saya sekarang.. Berlegar-legar tak mahu keluar.. Kalau ikutkan hati nak ja saya halau dia dengan menjerit, "syuhh.. Get out from my head!" Tapi dia bukannya kucing mahupun manusia yang boleh diusir sesuka hati.. Huhuhu.. Sedihnya..
Saya nak ambil test JPJ hujung bulan ni.. Setiap kali practise saya taklah cekap macam profesional.. Kadang-kadang ada ja buat salah.. Kerana itu saya rasa boleh ke pass ek? Tertekan gila!!
Then, saya sedar saya memang tak mampu nak abaikan perasaan takut tu.. Jadi perkara utama yang saya buat ialah doa.. Benda wajib bagi setiap muslim kot.. Sebenarnya What If ni one of the Syaitan's game.. Dia saja nak bagi kita down.. Dan bila kau down.. Maka dia akan gelak terbahak-bahak meraikan kejayaan.. For sure kita tak nak jatuh pada tangan Syaitan kan??
Saya cuba berfikir positif.. I keep reminding myself that I can do it.. Tiada yang mustahil kot dalam dunia.. Usaha perkara utama.. Lepas tu baru tawakal.. Easy right? Hehehe..
Oh... Saya dah janji tak nak tulis panjang-panjang kan? Alamak.. Maaf-maaf.. Baik saya berhenti di sini sebelum korang mengamuk.. Ingat ek.. Buat dono je dengan What If tu.. Until Next time..
SAYONARA..
Kalau orang lain boleh buat, mestilah kita pun boleh kan? Hehe. Mula2 aku ingatkan hg nak cakap pasal result. Hoho.
ReplyDeleteBtw, cantiklah blog hg! Aku suka!
hahaha.. pasal result nanti lain kli cita.. thnx.. eh.. blog hg lawa lg kot! dgn bintang bagai.. siyes lawa.. hahahaha :)
Delete