Assalamulaikum w.b.t.. Hari ni gua nak cakap tentang misi masa depan.. Cuba korang tengok photo jalan tu. Kehidupan kita ibarat satu perjalanan di jalan raya. Selagi kita tak sampai ke destinasi yang kita mahu, selagi itu kita tak akan berhenti. Bagaimana pula jika kita tiada hala tuju?? Alamatnya sampai bila-bilalah korang tercari-cari dan tergapai-gapai seorang diri.
Dalam hidup ini sudah pasti ada onak dan ranjau berliku (acewah.. Ayat novel tak ley blah!).. Especially remaja macam den ni haa.. Biasanya time inilah terlalu banyak dugaan yang harus dihadapi.. Antara prinsip dan pendirian dengan godaan sekeliling.. Kadang-kadang terasa iman ini terlalu goyah dan kita tak mampu untuk elak daripada semua ujian tu. Tambah-tambah daripada orang-orang yang dekat dengan kita. Pendek kata kawan baik hampa tulah..
Cuba korang lihat senario masyarakat sekarang. Semua yang kawan buat kita teringin nak ikut. Kalau yang baik tu silakan lah, tapi yang ke arah lain ni mudah sangat kita terikut. Katanya teringin nak mencuba.. Cuba apanya kalau hampa lalai dan memakan diri sendiri..
Contohlah ek.. Dekat sekolah ramai kawan-kawan kita couple.. Semua ada cewek @ Cowok.. Pernah tak kita pun teringin nak ada macam depa? Yeah.. Den sendiri kadang-kadang pun teringin.. Tengok macam best je.. Ada orang sayang pada kita.. Masalahnya, adakah dia akan sayang kita selamanya?? Bila kita dah masuk universiti, secara tak langsung kita terpisah.. Jarang sangat nak kata cinta monyet ni berkekalan..
Tak pun ada yang ajak kita couple.. Setiap hari dia pasti bertanya awak sudi jadi GF @ BF? Then dok pujuk kita macam-macam.. Kalau nak kata setiap hari buat macam tu memang tak leh tahan punya!
See? Terlalu banyak cubaan yang tak mampu kita elak. Itu baru dugaan daripada satu aspek. Nak saya sebut lagi bab-bab yang lain? Hehehe.. Korang fikir, ingat dan imbas kembali peristiwa-peristiwa yang berkaitan yang pernah korang alami..
Saya sebagai remaja selalu memujuk diri sendiri. " Tak apa aku tak ada BF macam depa asalkan nanti aku dapat orang yang lebih baik", " It's okay tak glamour macam depa yang selalu ikut trend terkini janji aku berjaya dalam setiap exam".. Tak mudah ok!! Saya memang suka pada kecantikan, suka disayangi dan diberi perhatian.. But remember, ia tak kekal lama.. Apa guna kita ada semua tu tapi hidup remaja sia-sia?? I don't think it's worth.
The Journey Is Still Far Away.. Itulah yang saya selalu sebut.. Ingat masa depan adalah kita yang sekarang. Jika kita tak berubah maka itulah bayangan masa depan kita. Hadapilah perjalanan hidup ini sebaik mungkin dan jangan cemari dengan anasir-anasir negatif.. Until next time..
SAYONARA..
Betul2, buang masa je couple ni. Punya lah dok bersayang2, last2 berpisah jugak. Nanti waktu universiti atau alam pekerjaan jumpa orang lain jugak. Kita sebagai student ni lebih baik selesaikan tanggungjawab kita sebagai student dulu. :)
ReplyDeletebetul3.. hahahaha.. bek kita capai apa yg kita nak dulu :)
Deletebetul. pernah jadi kat diri sendiri. wuwuw.
ReplyDeletehttp://farahfirdaus.blogspot.com
saya pun pernah rasa jugak Farah.. Thats why saya tulis.. hehehe..
Delete