Assalamulaikum W.B.T! Salam petang semua.. Adakah anda sihat? Yang mana batuk-batuk tu silakan lah ke rumah sakit.. Tak baik biarkan sakit tu melarat.. Arrachi?? Yay.. Hampa memang mendengar kata dan nasihat.. Hehehe.. Maaflah kerana menghilangkan diri daripada blog terchenta.. Hahaha.. Saya sebenarnya mengambil masa menenangkan diri dan hati yang dilanda kekecewaan.. Eh.. Kecewa apa? Saya fail ujian JPJ hari tu.. Sedihkan? Sob... Sob.. Tapi tak apa.. Allah menguji, kita menerima dengan reda.. Yang penting terus usaha.. Ganbate! Wuhuuu... ><
Hari ni saya tak naklah cerita tentang Test JPJ yang menyakitkan hati tu.. Korang tengok tajuk pun dah boleh teka apa kisahnya.. Yup..
MALAYSIAN DAN CERITA SERAM... Auwwwwww..
Seperti yang korang sedia maklum.. Malaysia terkenal dengan lambakan cerita seram.. Seram komedi, Seram yang serious.. Macam-macamlah.. Sampai tak larat nak tengok.. Belum masuk lagi rancangan paranormal macam Seekers.. Haaa.. Boleh dikatakan rakyat Malaysia memang tersangatlah suka dengan benda-benda mistik ni.. Hahaha..
Saya pun sebenarnya memang tertarik dengan cerita-cerita ni jugak.. Saya suka dengar orang bercerita.. Tak pun tengok jela movie-movie yang dok tayang kat TV.. Tapi kalau nak suruh saya siasat dan pergi ke tempat tu, Wohh.. Bagi SEJUTA pun saya tak sanggup!
Dek kerana keberanian kawan-kawan saya yang memang tak ada kerja tu, saya dapatlah tau sikit yang rupa-rupanya kat kawasan tempat tinggal saya ada satu tempat paranormal.. Siap masuk Seekers lagi bak hang! Popular jugak ek?? Kat mana ye??
The Haunted 99 Mansion atau Banglo 99 Pintu!
Rumah tu di Jalan Byram, Nibong Tebal, Pulau Pinang.. Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang tak.. Saya pun baru tahu.. Hahaha.. Hasil menjadi detektif tidak bertauliah..
Mungkin rumah tu tak sepopular macam Highland Tower, Villa Nabila.. Tapi sesiapa yang pergi mungkin meremang jugakla bulu roma.. (kawan yang kata.. Saya tak tahu sebab tak teringin pun nak pergi!)


Inilah gambar-gambar yang mereka dapat kat sana.. (Saya cilok daripada Facebook... Hehehe).. Maaf gambar yang tak berapa clear.
Ni kira ada cerita sikit tentang sejarah rumah ni:
Sebuah rumah banglo lama yang dikatakan dibina pada 1916 yang menjadi rumah kepada seorang ahli perniagaan British di Seberang Perai. Rumah ini kemudian yang ditukarkan menjadi pusat pentadbiran tentera Jepun bagi kawasan tersebut.
Rumah yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit ini dikatakan menyimpan pelbagai kisah-kisah misteri dan menyeramkan. Tambahan pula rumah ini dikaitkan dengan tentera Jepun yang seringkali dikatakan menyiksa penduduk yang tidak memberikan kerjasama kepada tentera Jepun.
Rumah dua tingkat yang mempunyai 10 bilik ini dikatakan mempunyai 99 pintu. Mempunyai ciri-ciri senibina Inggeris. Rumah ini terletak di Ladang Bryam yang pernah dimilik oleh syarikat Penang Estate. Salah seorang anak pemilik syarikat Penang Estate ini pernah tinggal di banglo ini selepas Perang Dunia Ke II. Beliau ditemui mati di dalam rumah ini selepas diserang oleh pengganas komunis.
Jika anda seorang yang berminat dengan aktiviti yang mencabar dan menyeramkan, maka rumah ini semestinya berada di dalam “senarai wajib’ anda.
Credit to /http://mainibongtebal.my/banglo99pintu/#
Secara konklusinya, kewujudan jin dan syaitan tu sememangnya ada.. Cuma kita je yang tak nampak.. Lebih-lebih lagi, tempat yang dah lama ditinggalkan.. Macam banglo nilah..
So, saya nak nasihatkanlah.. Korang yang lemah semangat dan tidak mahu mengambil risiko tidak perlu bersusah payah mencari 'hantu' di tempat-tempat sebegitu.. Tak pergi siasat pun, depa dah memang ada.. Kita cuma perlu menjaga keharmonian hidup sesama makhluk.. Jangan ganggu mereka kalau tak nak diganggu! Oklah.. Just to Share.. Kalau korang berminat, kuat semangat.. Teruskan usaha anda meneroka perkara misteri.. Until Next Time..
SAYONARA..
Fuh takutnya!!
ReplyDeleteDepa yang berani sangat.. Hahahaha.. Kmy jangan harap nak jejakkan kaki kat sana...
Delete